Wednesday 9 March 2011

TOKOH AGAMA DI TEMPAT SAYA


TAJUK : TOKOH AGAMA DI TEMPAT SAYa





1)    Isi Kandungan.
2)   Abstrak.
3)    Pendahuluan.
4)    Isi-isi penting (Sumbangan Tokoh)
    5) Penutup.
   














2. ABSTRAK
 



TAJUK : TOKOH AGAMA DI TEMPAT SAYA.

    Menurut tokoh yang saya temu bual ini beliau menyatakan bahawa dalam memberi sumbangan dalam bentuk keagamaan kepada masyarakat kita perlulah membuat sumbangan itu dengan seikhlas hati,memberikan yang terbaik dan sedia mengorbankan masa,kudrat mahupun wang ringgit. Beliau menyatakan bahawa dengan cara ini sumbangan yang kita buat itu akan di berkati Allah S.W.T dan setiap sumbangan yang kita lakukan akan dapat kepuasan.
    Beliau menyatakan bahawa dalam usaha untuk memberi sumbangan kepada masyarakat pasti akan ada ujian dan dugaan dari Allah S.W.T oleh itu beliau menasihatkan agar setiap ujian dan dugaan hendaklah diterima dengan hati yang tenang serta redha.
    Tambah beliau lagi setiap ujian dan dugaan yang di beri Allah S.W.T adalah untuk menguji keihklasan hati kita dalam membuat sesuatu sumbangan kepada masyarakat terutamanya sumbangan dalam bentuk keagamaan. Beliau juga menasihat saya agar lakukan sesuatu perkara dengan seikhlas hati dan sentiasa berdoa untuk memohon keberkatan dari Allah S.W.T.
         










3. PENDAHULUAN
 


  
                                                

     Tokoh yang saya temu bual ini adalah seorang kakitangan kerajaan yang berjawatan sebagai Penghulu Mukim di tempat saya. Beliau lahir pada 1 Mac 1956 dan beliau mempunyai 3 orang anak iaitu seorang perempuan dan dua lelaki. Beliau telah bertugas sebagai Penghulu selama 37 tahun dan selama beliau bertugas telah pelbagai sumbangan yang telah beliau berikan kepada masyarakat terutamanya sumbangan dalam bentuk keagamaan.
















4. Isi Kandungan (Sumbangan Tokoh)
 


    Melalui temu bual saya dan Penghulu Abdullah, saya dapat mengupas sumbangan beliau dalam bentuk keagamaan kepada masyarakat. Antara sumbangan beliau ialah beliau pernah mengadakan program sambutan Maulidur Rasul di mukim beliau bertugas. Sambutan Maulidur Rasul yang beliau adakan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkn dari masyarakat, tambah beliau lagi sambutan yang beliau adakan juga telah di hadiri oleh Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
    Beliau menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang beliau adakan sangat berbaloi walaupun penat untuk menguruskan segala persiapan  sebelum program sambutan tersebut di mulakan. Beliau juga menyatakan bahawa sebelum program tersebut di jalankan beliau telah mengalami pelbagai kesukaran seperti kesukaran untuk menghubungi wakil Menteri Besar bagi menjemput beliau hadir selain itu beliau juga menghadiri kesukaran untuk menguruskan atur cara program tersebut agar berjalan lancer contohnya seperti mencari orang untuk membantu beliau dalam menguruskan program tersebut. Malahan beliau juga menyatakan beliau tidak pulang ke rumah dan tidur di pejabat kerana hendak mengurus serta memastikan program tersebut berjalan lancar.
    Tambah beliau lagi walaupun penat dan terpaksa berkorban keringat beliau tetap berasa puas kerana program yang beliau adakan telah berjalan lancar malahan mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Antara isi program Sambutan Maulidur Rasul yang beliau adakan ialah ceramah agama, persembahan nasyid dan penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh agama di Mukim beliau bertugas.
    Sebelum saya mengakhiri temu ramah ke atas beliai, beliau memberikan telah memberikan sediki komen, beliau menyatakan bahawa dalam sesuatu kerja yang kita lakukan, kita hendaklah lakukan dengan seikhlas hati, bersungguh-sungguh dan memberikan terbaik dengan ini kerja yang kita lakukan pasti akan dapat keberkatan dari Allah S.W.T.


                                             5. Penutup

 
P

    Kesimpulannya yang dapat saya buat ialah kita perlulah lakukan sesuatu pekerjaan dengan hati yang iklhas, bersungguh-sungguh dan berikan yang terbaik dengan ini InsyaAllah setiap pekerjaan yang kita lakukan pasti akan di berkati Allah S.W.T.